Tahukah Anda! Apa Itu Food Bank Malaysia

Apa Itu Food Bank Malaysia

Mesti ada di antara kita bertanya " Apa Itu Food Bank Malaysia ". 

Mengikut cara Malaysia, Food Bank atau Bank Makanan adalah badan amal samada ia dibawah kerajaan mahupun badan bukan kerajaan yang menyalurkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Maksud Food Bank bagi orang luar negara ialah bank makanan adalah organisasi amal bukan kerajaan yang mengedarkan makanan kepada mereka yang mempunyai kesukaran untuk membeli dan menyediakan lokasi khas Food Bank di mana mereka boleh datang dengan mengambil makanan yang sudah masak mahupun yang belum masak untuk mengelakkan rasa lapar. 

Beberapa bank makanan beroperasi sebagai "barisan hadapan", memberikan makanan secara langsung kepada mereka yang lapar, seperti kebanyakan yang berlaku pada orang Eropah.

Kenapa Food Bank Malaysia Berbeza Dengan Food Bank Di Luar Negara? 

Salah satu faktor kenapa ada perbezaan antara Food Bank di Malaysia dan di luar negara adalah disebabkan cara pengurusan dan mentaliti masyarakat itu sendiri. 

Di luar negara mereka ramai memegang konsep lebih banyak yang kita derma, lebih banyak rezeki yang bakal kita dapat.

Maaf kata, di Malaysia pula, kebanyakan yang melakukan Food Bank ini adalah untuk meraih populariti demi menaikkan nama supaya diri lebih menonjol dikhalayak ramai supaya dapat diserapkan ke dalam mana-mana parti politik.

Sepanjangan apa yang dapat kami lihat, sekiranya sesebuah Food Bank itu ada berkait rapat dengan mana-mana parti politik, perjalanan organisasi ini tidak ke mana. 

Malah objektif asal penubuhan hanya berjalan semasa awal penubuhan sahaja, kemudian ia jadi projek "gajah putih".

Siapa Layak Memohon Food Bank Malaysia?

Hanya mereka yang kekurangan kewangan untuk membeli makanan harian boleh memohon di Food Bank Malaysia.

Tidak kira dari sektor kerajaan atau sektor swasta, tidak kira bangsa, semua boleh memohon bantuan ini kepada Food Bank Malaysia yang berhampiran anda.

Sepanjangan apa yang kami mahu beri bantuan makanan kepada mereka yang memohon, ada yang memberi alasan yang tidak sepatutnya seperti: 

  • saja saja nak mohon
  • mohon untuk mengumpul bahan makanan takut-takut terputus bekalan
  • hari ini dah mula PKP saya tak boleh kerja, jadi nak mohon bantuan bekalan makanan
  • tiap-tiap bulan anak bagi duit makan, sekarang nak cuba mohon bantuan dari Food Bank Malaysia

Sepatutnya jika anda betul-betul terdesak mahukan makanan barulah mohon, sebab ramai yang diluar sana walaupun terdesak, tapi masih malu untuk memohon kerana takut dimarahi atau rasa diri ini menyusahkan orang lain.

Jadi berilah laluan kepada mereka yang betul-betul susah,

Sokonglah Food Bank Malaysia 

Kami selaku organisasi Food Bank Malaysia bukan kerajaan, memohon masyarakat Malaysia untuk sokong organisasi yang betul-betul mahu bantu mereka yang dalam kesusahan dengan menyalurkan:

  • bantuan kewangan
  • bantuan barangan keperluan
  • bantu memperkenalkan mereka yang susah kepada kami
  • bantu sebarkan informasi yang kami sampaikan di sosial media tentang program food bank malaysia
  • bantuan-bantuan lain yang anda rasakan ia boleh memberi manfaat kepada orang lain

Artikel Seterusnya : Program Food Bank Malaysia 

Jom dermakan RM30 setiap bulan secara konsisten untuk anda membantu mereka-mereka yang memerlukan.